*****SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM****
Sudah 1432h… dalam 3 minggu lagi Awal Muharam 1433H.
…………………..*****………………
*****SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM****
Sudah 1432h… dalam 3 minggu lagi Awal Muharam 1433H.
…………………..*****………………
.
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
Surahtul Al Ahzab:Ayat 45.
“Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan.”
Dalam Surahtul Al Ahzab ayat 45-47 ini, direkodkan bahawa Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai saksi bagi ummat manusia. Saksi itu haruslah ADIL. Karena itu kaum muslimin-lah yang kelak akan bersaksi dihadapan Rabbul Izzati perkara mana yang HAQ dan mana yang BATIL.
“…dan untuk menjadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin Nya dan untuk menjadi lampu/cahaya yang menerangi (SIRAJAN MUNIRA).”
Suratul Al Ahzab: Ayat 47.
“…..dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang muk’min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah.”
Rasulullah SAW dan ummat nya digambarkan oleh Allah SWT sebagai SOSOK CAHAYA yang memberikan suasana terang bagi manusia (Seperti Lampu/Pelita bercahaya). Mereka diperintahkan untuk menjadi penyeru, pemberi khabar gembira kepada manusia yang beriman dan juga pemberi peringatan bagi mereka yang ingkar pada Allah Tabaroka Wa ta’ala. Sesungguhnya kaum muk’min dijanjikan kurnia yang besar dari Allah SWT.
Wallahu’alam…
Assamualaikun wbt…
“Allahummassali ala Syaidina Muhammad wa’ala alihi Syaidina Muhammad”
Buat peminat tegar blog SIRAJANMUNIRA.
Maaf lama tak “keudara di alam maya ini” kerana terdapat masalah kerosakkan pada komputer dan beberapa masalah teknikal yang lain.
Sila lah hadam dengan tajuk baru ini…:)
Kalau Roboh Kota Mala’ka
Kota Insan Kita Bangunkan,
Mungkin kalian bertanya kota tanah merah mana yang paling indah sekali yang pernah di bangunkan di bumi ini dan selayaknya menjadi model era senibina dalam menongkah zaman?
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu
Seterusnya, kota ini, bangunkanlah sebagai mihrab buat sang utusan demi puja dan puji pada Rabb di waktu pagi dan petang.Bukankah saranan Allah supaya beribadahlah kamu berterus-terusan.Kita kagum melihat masjid dihias indah tapi gagal untuk di makmurkan.Kenapa?
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Replika Istana Mala”ka?
2011, bukan tahun sembarangan bagi orang-orang Tanah Melayu.Tahun dimana genapnya selama 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Mala’ka.
Agaknya…. ketika dan saat itu Mala’ka dengan Istana indah berukir,bilik-bilik penuh dengan khazanah kekayaan,singgahsana megah,balai -balai besar,berkomplek makam diraja serta masjid Agung Mala’ka yang tersergam indah,akhirnya hanya sekelip mata di bumi hanguskan olih puak babarian berhibrid Anglo al Saxon,yang datang tidak diundang bersama sikap keganasan dan kebrutalan bangsa Eropah yang sarakah menakluk.
Ramai yang mengatakan Melayu ketika itu cuma bertahan dengan perisai tubuh,silat pulut,berkeris,berlembing,tombak,cemeti pari,panah,kerambit mayang menggurai dan sebagainya….aduhai! sesungguhnya itu tidak benar dan fitnah tersembunyi sama sekali!
Ketumbukan skuadrom pahlawan Melayu telah lama memiliki persenjataan terkini yang sesuai megikut piawaian pada masa itu………..dengan meriam selaras,dua laras dari tembaga atau besi,lela,rentaka,terkul,pemuras,lotang,musket dan lain-lain.Malah lengkap dengan tentera kerahan terdiri dari ribuan orang-orang laut yang mahir seluk belok pelayaran bersama kapal-kapal layar ‘kelas frigat’,'aerodinamik’ membelah bendalir lautan yang siap siaga.Ternyata,sekitar abad ke 14-15 orang Gujerat,Turki dan China telah memperkenalkan senjata api klasik kepada pertahanan Melayu.
Tidak ada kurangnya dari segi semangat perwira,perang psikologi,tancap menjulang panji-panji,baju perisai kulit berbulu binatang yang sama ampuhnya dengan baju perisai sutera,malah mereka telah menggunakan senjata bunyi-bunyian yang menggerunkan musuh, juga berfungsi untuk membakar semangat adiwira ketika itu……..pelik ,aneh dan sungguh ajaib, Mala’ka tumpas juga …jatuh tersungkam hanya dalam masa 3 hari.Penulis dan pencatat rekod peperangan musuh ketika itu mencatatkan satu fenomena pelik, dimana pada hari ketiga gerak gempur musuh tetiba seluruh tentera Mala’ka hilang dan ghaib entah kemana.
Selama 5 kurun telah berlalu molek benar kita menyuluh satu sisi lain yang tidak pernah orang menilik dan mengendahkan.Ramai yang galak untuk melihat faktor manusiawi atas kejatuhan Mala’ka.Malah tak kurang juga generasi mendatang megah dengan kehebatan tok nek bolih bersilat dipucuk kelapa,belah batu dengan tangan,menyelam tak timbul-timbul,ditetak tak lut,berpangkat besar,itu ini,begitu,begini….tetapi bila tewas di jajah, terfana’ pula kata ilmu tak ampuh malah lebih tragis diberi jenama pengamal bida’ah pula.
Faktor ketentuan Allah SWT ialah faktor yang jarang untuk di suluh dan di ulas lebih terperinci.Jatuhnya kerajaan Mala’ka ialah atas kehendak dan rancang rapi dariNya.Sudah jadi resam alam bermetamorfosis,patah tumbuh hilang berganti malah akan ada kelahiran dengan inovasi yang jauh lebih canggih lagi.
Katakanlah: Ya Tuhan, yang memiliki segala kekuasaan.Engkau berikan kekuasaan kepada barang siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari barang siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan barangsiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa.
……………………………………………..Suratul Ali-Imran :26
5 kurun berlalu ialah satu masa yang sangat panjang,sebutir hablur sudah mampu bertukar menjadi permata indah berkilau,5 kurun sudah cukup lama untuk membentuk bangsa Malayu hibrid dengan generasi baru melalui proses asimilasi kepelbagaian baka, DNA dari ras-ras global, pasti disitu keberhasilan insan berkualiti tinggi.5 kurun sudah memadai untuk memangkinkan kesedaran-kesedaran asli dan baru atas beberapa prinsip-prinsip:
1.Kesedaran akan tujuan hidup hakiki dengan hakikat kepada Haq.
2.Kesedaran atas dasar tanggungjawab suci dan peranan hidup juga menggapai fitrah insan.
3.Kesedaran atas pertunjuk sejati dalam anutan tepat pada suri tauladan utama bersama insan pilihan.
4.Kesedaran pada pengaruh dan kesan -kesan dorongan musuh.
5.Kesedaran atas budi perkerti ,ahklak tinggi serta hubungan terus pada alam maya (mahkluk) dan Pencipta.
6.Kesedaran atas perkara potensi ,sebab musabab dan akibat dari yang ghaibiah dan nyata.
7.Kesedaran kepada kesinambungan hala tuju masa hadapan yang berlangsung hingga akhirat bukan terhenti di titik wawasan.
Kesedaran-kesedaran yang di kataliskan bukan seperti anda fikirkan….bukan dari terleka kepada tersedar…tetapi kesedaran tertinggi seperti ungkapan Syaidina Ali: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam, tersirat dan tersimpul maknanya bersama hakikat kejadian Bangsa Melayu itu sendiri. Sedih sesungguh, kalau anda mengatakan Melayu itu berasal dari nama satu kampung atau sebatang sungai bergelar Sungai Tanah Melayu…atau dari sebatang pokok atau sekuntum bunga berbagai warna yang dibaca dengan konotasi malayalam, malai atau malei……huhuhu, donggeng sungguh.
Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati, kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.Berjalan dijalan lurus.Itulah kesedaran hakiki.Hakikat yang di kuasai olih Melayu zaman-berzaman.Tapi sayang, kesedaran beginilah yang tersia-sia,terlucut dan terlepas dari tampuk kepimpinan Mala’ka 1511 dahulu gara-gara nafsu-nafsi.Akhirnya Melayu betul-betul Layu.
Sudah 500 tahun bermimpi,tidur,tertidur atau di tidurkan.Apakah ingin terus berdengkur? Ammarah,Lawammah,Al-wahan,Sarakah adalah lubuk-lubuk syaitan berupa pil-pil tidur yang sangat bahaya.Atau masih ada menunggu ‘taming sari’ timbul di sungai Mala’ka sambil berenang-renang mudik ketepi….aduhai…kartun nurutonya!
Nah! sekarang kita berada tepat di lipatan 5 masa berulangan, bermakna kita sudah duduk pada kedudukkan seimbang pada posisi 1000 tahun (1 alaf).Namun dari sini kita perlu menentukan samada ingin terus jatuh,menurun atau mendaki tinggi menjulang ke puncak semula……atau kalian ingin terus jatuh merudum semula hingga 500 tahun mendatang….alahai! aku tak rela dan redha.
Sementelahan,ulang tahun kejatuhan ini bertepatan pula dengan awal alaf ke 3,awal kurun (100 tahun) baru,sekira-kira sudah satu abad (10 tahun) pula telah berlalu ketika ini,….eheh! rupanya mendekat 1500 tahun Hijirah pula.
Allah SWT berfirman, “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini.”
……………………………………………….Suratul Al-Qashash : 5
Pada ayat lainnya Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang shaleh.”
………………………………………….Suratul Al-Anbiya :105
Ayat tersebut diatas dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan shaleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang shaleh.
Allah SWT berfirman lagi, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan.”
………………………………………………suratul An-Nur ayat 55
Seterusnya perlu kita ingat serta berpendoman dari sejarah dahulu dengan diri terbelenggu,jadi hamba,menagih simpati orang,tergadai maruah dan di arah,di kerah, di pijak-pijiak orang telah memberi kesan trauma psikologi sangat dalam, terkesan dari era kejatuhan masa lalu yang pernah warga bumi ini lalui…..yang pernah tercacat rapi….dengan segumpal parut yang tak kunjung padam.
Wah! sudah 5 kurun berlalu’ entah apa pula selepas ini….
Ini bukan lemang raksasa wahai Melayu bangsa ku…inilah Meriam Agung Sultan Mohammad Al Fatih.Tahun 1453,sebelum dari itu bangsa Turki sudah membuat persiapan rapi dengan senjata canggih untuk membuka Eropah.Meriam raksaksa ini mempunyai ‘bebenang skru’ di bahagian tengahnya yang bolih di pisahkan dan mudah bawa.Kalau sampai hebat begini dunia Islam bolih mencipta takkan lah tahun 1511 Islam Melayu Mala’ka tak pernah kenal meriam,terkul,istinggar dan sebagainya , padahal Melayu sudah ada hubungan diplomatik hingga ke Eropah ketika itu.
Ini pula satu contoh rentaka dua laras berkembar,orang Melayu telah lama mempunyai kemahiran mencipta bukan setakat ukir kayu tetapi ukiran besi,tembaga dan berbagai logam yang lain.Rentaka inovasi karyawan Melayu bolih laras ini mampu berpusing lebih dari 360 darjah atas bawah ke arah sasaran kira-kira seperti meriam peluru berpandu anti pesawat moden yang ada pada hari ini.
Hahaha…malas nak edit gambar…ini pula ialah Pedang Damaskus, terbuat dari baja yang diolah dengan teknik khusus sehingga memiliki permukaan yang sangat kuat dan tajam.Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya, teknik pembuatan baja Damascus sebenarnya telah sampai ke pengetahuan Melayu di timur.Dipercayai campuran pedang ini di gabungkan dengan “butir-butir kaca halus” yang mampu membelah hatta sehelai kain sutera yang jatuh diatasnya sekalipun tanpa pedang di gerakkan, seperti yang pernah di pertontonkan olih Sultan Salahuddin Al Ayubi kepada King Richard The Lion Heart sekitar peperangan di Jurusalam tahun 1187.Pedang Damascus seperti ini dengan mudah menembus baju zirah pasukan salibis, bahkan mampu membelah tameng besi dan batu-batuan.
Cuba anda perhatikan seni pembuatan keris dari para pengkarya atau si pandai besi orang-orang Melayu,terutama keris meteor….
Tambah sikit sebelum khatam post…sesungguhnya dunia Melayu tak miskin dengan khazanah dari ilmuan dan pengetahuan yang berbentuk cahaya.Apatah lagi dunia Melayu Islam,nasib khazanah purba kita sama juga dengan khazanah Islam seluruh dunia yang di rompak dan di rampas olih orang-orang yang kegelapan,sesat dan teraba-raba keturunan benih-benih si tua Eropah.Mereka sanggup menjarah negara orang bukan sekadar rempah ratus,herba,emas,logam-logam lain,barang dagangan dan sebagainya….tapi yang paling mereka mengidam dan teringin sangat ialah khazanah ilmuan yang berbentuk cahaya.
Tahukah kalian semua, cerita kekayaan gedung penyimpan artifak dan seni purba di Eropah?…disana bukannya penuh dengan buah tangan ilmuan dari negara mereka tetapi adalah hasil kebijakkan ilmuan Islam malah orang timur sebelah kepulauan sini….apa yang sebenarnya yang mereka idamkan? tak lain ialah peti khazanah yang menyimpan secarik CAHAYA terang yang mereka tak miliki.Barat tak memiliki cahaya itu kerana cahaya itu hanya terbit di timur,orang di Timur yang mengetahuinya.
Khabaran dari sahabat-sahabatku,kalau berkunjung ke muzium atau stor artifak orang Eropah jangan terkejut jika melihat koleksi-koleksi manuskrip,kitab-kitab,senjata-senjata lama yang begitu indah buatannya,barangan tembikar,kraf asli,logam kraf emas serta berbagai-bagai lagi khazanah bernilai hak orang lain yang “terhilang’ dan mungkin batu nisan marmar yang berukir dengan khat indah-indah yang pernah di bongkar olih si tangan rakus dari kuburan Raja-Raja timur satu masa dahulu, itu pun mereka rampokkk sekali,…..tanpa rasa berdosa.Aduhai!!! mengalir air mata….
Namun generasi baru mereka malu untuk mengakui kerakusan nenek moyang mereka dan jarang sekali untuk ditontonkan kepada umum.
“Hikmah itu adalah barang tinggalan milik orang mukmin, siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.”
Maksud hadis di atas : Khazanah Ilmu itu ibarat barang tinggalan umat islam yang tercicir…. Dimana sahaja kalian menjumpainya… maka kalian ambillah.., kutiplah.. dan galilah ia…!!
wallahualam.
Padang Arafah yang menghijau….
Asalnya tanah gurun tetapi telah menjadi padang rumput subur…..
Sesetengah mengatakan bintang itu memiliki ekor yang aneh…
Munculnya tapak tangan di angkasa….
Cuba anda kira sudah berapa kalikah gerhana bulan dan matahari di bulan Ramadan….
Planet yang berbaris tanda hormat seluruh angkasa,berlaku sekitar May 2000….dan terus berulangan….
Planet bertanduk mendekati orbit kita….planet nibiru???
Aneh…baru berlaku….Burung ,ikan,ketam dan berbagai lagi mati beratus ribu di seluruh dunia….
Terdapat ratusan gunung berapi aktif seluruh dunia…..
Seputih Istana Ahmad…
Tawaf di Kaabah ….
Jangan terlepas dan salah pandang….???
Mekarnya Mawar Merah di angkasa…
*****************************************************************
SIRI AKAN DATANG…. SELEKSI FUTURISTIK….
TUNGGU….
*****************************************************************